Monday 8 March 2021

My strong baby boy, Habib Part 1 (Tips stay hospital during Covid)

 Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sis tak bersiaran dalam blog. Kelu. Sepi. Nak menaip tapi takut disalah ertikan. Belum lagi kelompok yang "menjemah". Nanti mulalah menyampai itu ini. Cerita Habib lahir pun tak publish lagi. Itu sis tak tahu lah sis ingat lagi ke tak. Hahaha. 

Alhamdulillah, bulan 3 2021, cukup setahun sis bekerja. Syukur kehadrat ilahi. Syukur juga rezeki yang Allah datangkan disaat sis memerlukan pendapatan nak sara anak sis. It's a real struggle. Long way to come to this new journey. 

Last month, on 20th February 2021, Habib admit hospital for the second time. Yes, for the second time after 1 year plus. Habib pernah admit time baby less than 1 year due to high fever and he shaking. Mestilah sis risau sangat. That time no Covid at all. Plus admitted dekat Hospital Kuala Pilah. So, yeah, not to cramped and a bit chilled. But last month, admitted at Hospital Serdang. For 3 days sis sorang fight jaga Habib. At first demam Habib dah okay, just "ceri beri". One thing yang paling triggered sis ubun-ubun Habib makin terasa. And bibir dia kering.

I know that he will admitted but one thing yang sis lupa, adalah during Covid. So, seorang penjaga sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh ditukar-tukar. Perlu buat swab test. Waktu buat swab test kelakar sikit, sebab Habib faham mama dia rasa tak selesa. Dia macam merengek kejap and peluk mama lepas dah siap. Hahaha. And cannot go anywhere. Perlu 24 hours dengan anak. Yup. 24 hours. Lumrah seorang anak or sesiapa sahaja yang sakit, mesti jadi manja. And for Habib of course, he always want his mama. 

Semua mama.

Everything mama.

Sentiasa mama.

Mama, mama, mama, mama...

Dalam pelbagai nada, menangis, sedih, manja, sakit, dan macam-macam lagi.

Habib merap 24 hours


Handling Habib alone, was not a joke. Cuz Habib consider quite big for his age. No. Quite tall. He just 1year 8months. Thank God, even "ceri beri" Habib quite bad (sederhana), but still active. First day admitted, sis okay lagi. Cuma penat sikit lah sebab kerap tukar pampers. Then suddenly tengah malam nak masuk second day around 2.30 am, Habib bangun merengek, and yes, dia cirit lagi. Straight from 2.30 am, sampai pagi jam 7 sis tak tidur. Habib berak setiap 1-2 jam. And tiba-tiba badan dia panas. Sis keep sponging. Nasib baik ada air panas, so Habib tak terkejut sangat. Then pagi terus tak boleh tidur sebab doctor incharge will do "rounding". But bukan pakar paling atas lah.

Habib on Sunday, 21 February 2021, dia demam with "ceri beri". Plus, result poo dia tak keluar habis lagi. Cuma alhamdulillah nothing serious. Terfikir juga "Rota" ke, or any kuman ke. Second day sis memang dah koyak sebab belikat kiri makin menangkap sakit dia, and Habib extra manja. Boleh katakan the whole day duduk dalam baby cot je. And thank a lot to Youtube. At least sis dapat rehat bagi Habib layan Youtube dia. Either trucks or any othe heavy vehical. Yes, Habib suka sangat dengan trucks. If birthday Habib nanti nak bagi dia tu pun dah happy sangat dah. He so into trucks like excavator, digger, roller, bus, crane, jeep, and banyak lagilah.

Petang Ahad, Habib dah slowly start okay. Tak demam, and poo pun dah okay sikit, tak perlu on drip (total 2 bekas masuk drip). Cuma alert jugaklah the whole night. Malam tu, sis pastikan everything okay, baru sis tidur. Haha, sis tidur yang memang tak ingat dunia. Sebab dapat kerusi tilam tu. Lega sangat dapat baring sebab urat belikat tu serious sakit sangat. Tersedar bila sayup-sayup dengar suara Habib panggil mama mama. Bagi Habib susu, tepuk dari tepi, Habib sambung tidur balik. Jam 5 pagi, nurse incharge datang suruh tukar pampers. Adoilah, memang tak ingat langsung tidur. Tengok Habib, BP dia okay, suhu okay, and pampers pun penuh, susu pagi tu habis. Terus get ready for Doctor pakar nak round kejap lagi. 

Rupa-rupanya Habib dah memanggil lama, mak katil lain yang tersedar. Tapi mama Habib tak sedar langsung. Hahahaha sumpah wallah sis letih sangat. Menangkap satu badan and kepala. Tapi satu perkara yang sis kagum macam "wow" sangat, dan betul-betul amazing, seorang ibu tu penat macam mana sekalipun, tetap akan kuat demi anak dia. Boleh katakan malam ahad tu je yang sis dapat lelap. At least dalam 4 hours. Sebab malam tu habib merengek tiba-tiba sebelum tidur. Yelahkan, tiba-tiba orang sebelah main tutup lampu, semua gelap kecuali side sinki tu je, terkejutlah budak. Kena pujuk, makan masa 15 minit jugaklah.

Isnin, 22 February 2021, hari penilaian, hahahaha, dah ready semua, breakfast dulu, tak lama lepas breakfast Doctor datang round. Tengah doctor round, Habib boleh pulak bantai poo. Adoilah. Time ni, jantung laju betul. Serious. Doctor pakar nak tengok poo. Saat bukak tu, Allah, Doctor tengok je, terus cakap, "Okaylah mummy, berak anak dah okay, harini boleh balik lah ya". Ya allah syukur alhamdulillah, rasa nak peluk je Doctor time tu. Tapi tangan pegang kaki Habib sebab takut bocor. Hahaha. Dia berak benyak ya, sebab makan banyak jugak paginya tu. 

Dah siap cuci habib, alang-alang tu mandi balik, terus mengemas. Dah siap kemas, pergi mandi laju-laju sambil telinga ni menadah jeritan kecil Habib,

mamaaaa, mamaaaa, mamaaaa, mamaaaa.... Hahaha memang tak senang nak mandi. 

Sempat lunch, betul-betul lepas tukang hantar makanan tu datang kutip balik makanan, papa Habib sampai depan pintu. Sis tak bagi masuk, sebab dalam tu semua mak-mak. Ada seorang tengah menyusu pulak. Sis suruh tunggu jap. Pass Habib dekat papa dulu, baru angkat semua barang. Mulalah sesi pulang version "Akademi Fantasia", bye-bye semua ibu, baru balik. Dah settle semua urusan, keluar je dari hospital tu, mashaallah, rasa angin, nikmat. Terus shoot balik, tapi sebelum tu "paw" papa Habib air Tealive. Sampai je rumah, ya allah rasa nak mengangis. Sis duduk kejap, lepas tu terus naik mandi. Sejam lebih mandi sebab mandi kat hospital acuh tak acuh je kan.

Habib last day, super active. Mama happy


One thing sis nak share pada ibu-ibu, yang perlu admit hospital, 

  • Hati dan mental kena kuat. Sebab kita sorang-sorang yang jaga
  • Bila anak dah tak sihat nih, mencabar jugak rasa nak jaga
  • Boleh katakan setiap satu jam or dua jam, ada red code dekat hospital (minta jauh kita daripada didatangi penyakit lain)
  • Barang memang kena ada, contoh barang persendirian, bila mandi, rasa fresh sikit
  • Bawa minyak or any minyak angin yang ada, bagi lega sikit sakit-sakit sendi
  • Jangan lupa bawa stokin and selimut
  • Kalau rasa nak tambah barang, pesan je, guard boleh hantarkan. Cuma berpada-padalah, kita kena pandai agak berapa lama akan stay
  • Jangan sesekali lupa bawa, mainan anak at least 1 or 2, and books or buku conteng. At least tak adalah 24 jam dengan phone
  • Keluar je dari hospital, minta suami or any family tengokkan anak sekejap, pergilah ngurut. Bagi betul urat-urat. Hospital sejuk
  • Jangan lupa bawa lotion. Bila keep sanitized tangan, tangan jadi kering. Ezcema sis kering plus luka sebab terlalu kering
Okay, itu je lah dulu sis nak share. Yang lain sis akan share Part 2. When Habib dapat fever and "ceri beri" balik after 10 days. Bye semua